mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Kg Bukit Rang

Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Rang terletak di bangunan  ICT & JPA, PPMS Kampung Bukit Rang. Ia terletak bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Sg Putat. Dahulunya Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Rang dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Pulau Tawar dan mula beroperasi pada tahun 2009 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Penubuhannya bertujuan memberi pengetahuan ICT kepada komuniti setempat di luar bandar yang sukar mendapat capaian internet. Selain perkhidmatan komputer dan capaian internet yand disediakan, terdapat kemudahan-kemudahan lain seperti perkhidmatan fotokopi, pencetak, pengimbas, binding dan laminate dengan harga yang berpatutan. Hal ini memudahkan urusan komuniti setempat yang tidak perlu lagi ke bandar berdekatan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.