Ramai yang sangka batuk biasa, tapi rupa-rupanya gejala Tibi.
Penyakit Tuberkulosis (Tibi) bukan sekadar batuk, ia adalah jangkitan bakteria M. Tuberculosis yang boleh membawa maut jika dibiarkan.
Antara mereka yang berisiko –
✅ Individu yang tinggal serumah dengan pesakit.
✅ Kanak-kanak & warga emas.
✅ Perokok.
Tanda-tanda amaran:
✅ Batuk lebih 2 minggu.
✅ Batuk berdarah.
✅ Hilang selera makan & berat badan turun.
Penyakit ini BOLEH DIRAWAT. Ia boleh dikesan melalui ujian kulit Tuberkulin / Mantoux, ujian x-ray dada, ujian darah atau ujian sampel kahak.
Jika anda mengalami tanda dan gejala penyakit Tibi segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan.
Sumber : https://www.facebook.com/myhealthkkm/


