NADI Kg Bukit Rang mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Internet rintis untuk Fasa 1 dan 73 pusat untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Berikutan dari perkembangan positif masyarakat tentang pencapian NADI ini, kerajaan telah mewujudkan dan menambahkan NADI kepada fasa felda dan fasa 4.
NADI Kg Bukit Rang (Mukim Pulau Tawar) mempunyai infrastruktur ICT yang lengkap, bertujuan untuk penggunaan dan pembelajaran. Terdapat 16 buah komputer kesemuanya, sebanyak 8 buah diletakkan di dalam bilik latihan, manakala selebihnya dibahagian penggunaan. Bilik latihan di NADI ini juga dilengkapi dengan sebuah projektor, skrin layar dan papan putih bagi tujuan pembelajaran yang lebih selesa.
ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI SINI SEPERTI:
BINDING COMPUTER CLASS INTERNET LAMINATE
SCAN WIFI PRINT PHOTOCOPY
** Semua perkhidmatan dikenakan caj yang amat berpatutan.
PI memberikan kelas latihan/bengkel ICT secara PERCUMA kepada semua ahli berdaftar yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama. Antara kelas yang ditawarkan adalah sepert berikut:
1. Asas Komputer (Perkakasan/Hardware)
2. Asas Komputer (Microsoft Office 2007)
3. Internet (Search Engine, Email, Blog, dll)
4. Aplikasi Elektronik (e-Kerajaan, e-Dagang, e-Pembelajaran)
5. Asas Laman Web
6. Asas Membaiki Komputer
7. Movie Maker
**Lain-lain kursus yang ditawarkan dan jadual pembelajaran akan diberitahu kelak.
Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 9.00 pagi – 6.00 petang