mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – NUR SYAHIDA BINTI NOR KAMARRUDDIN

Nama : Nur Syahida Binti Nor Kamarruddin

Umur : 38 Tahun

Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Nur Syahida merupakan seorang usahawan Cookies dan Aiskrim Malaysia homemade. Beliau tidak mempunyai kedai sendiri dan menjalankan perniagaan di rumahnya yang terletak di 9283 Kg Bukit Rang 2,Pulau Tawar,Jerantut,Pahang. Beliau mula menjadi ahli NADI Kampung Bukit Rang Pulau Tawar pada 20 Januari 2019. Beliau banyak terlibat dengan Program Perkhidmatan Pintar  di NADI seperti Program Mahir Masak,Kelas Cybersecurity,Kempen Internet Selamat (KIS),Kelas Keusahawanan dan Saringan Kesihatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan kelas-kelas keusahawanan beliau tidak mahir mencipta link untuk jualan secara Whatsapp, beliau hanya mempromosikan dengan memaparkan gambar produk tanpa sebarang link dan ini menyukarkan pelanggan untuk menghantar Whatsapp kepada beliau sekiranya ingin berurusan dengan beliau. Beliau juga tidak mahir membuat transaksi secara online kerana tidak mempunyai  online banking.Beliau juga tidak mahir untuk membuat kek,cookies dan sebagainya sebelum menghadiri kelas Mahir Masak di NADI.

Selain itu, beliau tidak mahir untuk mencipta poster-poster produk, mencipta video jualan produk dan mempromosikan produk secara meluas. Kebanyakan pelanggan beliau juga merupakan ahli keluarga terdekat dan sahabat-sahabat kampung sahaja. Purata pendapatan beliau pada ketika itu hanya RM100-RM200 sahaja mengikut sambutan dan musim-musim perayaan dan kenduri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dijalankan di NADI Kampung Bukit Rang Pulau Tawar, beliau telah pandai mempromosikan produk melalui media sosial.

Majoriti pelanggan beliau terdiri dari kalangan penduduk Kg Bukit Rang, Kg Pulau Tawar, Kg Bandar, Kg Perian, Kg Kedondong dan penduduk di sekitar kampung-kampung tersebut. Beliau merupakan usahawan yang aktif melibatkan diri dengan program- program keusahawanan yang diadakan di NADI Kampung Bukit Rang Pulau Tawar.Selepas menghadiri kelas NADI Mahir Masak,beliau mahir membuat cookies dan kek serta makanan yang berkonsepkan cafe. Beliau juga menjual pelbagai produk sampingan untuk menambah pendapatan beliau, antaranya menjual aiskrim buatan sendiri dan  sayur-sayur seperti keladi hasil dari kebun beliau dan mempromosikan di Group Whatsapp Kampung Pulau Tawar.Hasil pembelajaran kelas keusahawan di NADI Kampung Bukit Rang Pulau Tawar, beliau telah pandai menghasilkan QR Duitnow sendiri dan  pandai membuat transaksi secara online.

Selepas mengikuti kelas keusahawan di NADI Kampung Bukit Rang Pulau Tawar, sedikit sebanyak pendapatan beliau bertambah dan produk beliau semakin dikenali ramai. Kini, beliau berjaya meraih pendapatan sehingga mencecah RM300 atas hasil usaha titik peluh beliau.