Kerajaan MADANI terus komited memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan melalui pelaksanaan 3 Inisiatif Bantuan Kerajaan MADANI yang bersasar, menyeluruh dan inklusif.
Sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri menegaskan bahawa:
“Kerajaan MADANI memastikan bantuan disampaikan secara bersasar, adil dan telus supaya golongan yang benar-benar memerlukan tidak tercicir serta terus dilindungi.”
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Bantuan tunai sehingga RM2,200 setahun bagi meringankan kos sara hidup, memanfaatkan 5 juta penerima terdiri daripada isi rumah dan warga emas.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan
Bantuan sehingga RM200 sebulan bagi pembelian barangan keperluan asas, disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad, melibatkan 8.1 juta penerima termasuk isi rumah, warga emas dan golongan bujang.
SARA Untuk Semua
Bantuan khas RM100 secara sekali bayar sempena Ramadan dan Tahun Baharu Cina, memberi manfaat kepada 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Inisiatif ini mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI untuk melindungi kesejahteraan rakyat, memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan memastikan tiada golongan yang dipinggirkan.
Maklumat lanjut berkaitan bantuan Kerajaan MADANI boleh dirujuk di portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia:
Bantuan bersasar, menyeluruh dan adil — demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.
